May 17, 2012

pemandangan sekitar di kolej matrikulasi selangor (KMS)


assalamualaikum wbt :)
heiyoooo :D
kali aku update entry special untuk super junior aku yang akan masuk mendaftar 28 mei ni tak silap aku la
banyak search keyword kt blog aku ni pasal kolej matrikulasi selangor
plus ada jugak junior yang mintak aku gambar2 kt kolej
sekadar untuk bayangan korang pasal matrik selangor ni
:)
fyi adik2, kolej matrikulasi selangor ni matrik paling baru
*sila bangga sebab anda 3rd batch KMS
so korang mesti suka punya la dengan bangunan2 kt situ
:)


welcome to kolej matrikulasi selangor adik2 super junior sekalian :)



nak cerita sikit la pasal KMS ni
aku rasa bangga masuk KMS ni sebab walaupun baru je bukak *aku 2nd batch KMS
tapi pencapaian sangat sangat lah excellentttt !
masa 1st batch, KMS ni ranking ke3 dari semua matrik
masa batch aku, untuk bilangan 4flat, KMS paling TERAMAI !
plus ranking kedua tak silap aku
(betulkan aku kalau aku salah)
and pencapaian yang ni berdasarkan result sem 1 kitorang
siapa tak bangga kolej kau hebat kan? :)
and ini semua sebab pensyarah2 KMS sangat berdedikasi
sanggup je buat kelas tambahan, kuliah tambahan
pastu siapa yang lemah, ada kelas bimbingan lagi
so kalau korang lemah, korang jangan risau, pensyarah2 KMS sedia bantu korang bila2 masa je
yang penting rajinkan jumpa dorang :)
contoh aku sendiri
aku budak yang takde basic akaun
sebab aku convert dari science to account
mula2 tak konfident
tapi lecturer2 selalu bagi sokongan untuk budak2 yang takde basic ni
so untuk adik2 yang takde basic account, nak masuk account,
sangat lah digalakkan :)
insyaAllah boleh punya survive
nak seribu daya, taknak seribu dalih ye dak? 
:)


and honestly jugak, KMS ni memang cuaca panas
aku ingat lagi masa MPPB (minggu orientasi), aku macam terkejut lagi dgn kepanasan kt KMS
bangun2 tidur je berpeluh
macam dalam sauna haha
tapi after a week tu, korang akan biasa, jangan risau :)
lagi satu, KMS ni kalau sejuk or hujan, sejuk betul
sejuk sampai ke tulang woahhh, kalah kt oversea
tak payah dah pergi oversea
rasa kat KMS je hehe :)
so aku nasihatkan korang bawak kipas meja yang pendek tu
btw, kipas boleh bawak tapi iron tak boleh bawak ye adik2 
nanti selalu takde karen jgn marah pulak :)


oke lah, aku dah banyak membebel
jom tengok gambar2 sekitar KMS
rindu pulak KMS
haishhhh...



 hah first sekali mesti la pintuuu masuk :)


bila masuk, lebih kurang macam ni la bilik korang :)



 ni dewan kuliah besar :)
btw, kt KMS ni ada 2 dewan kuliah besar(dkb) dan 4 dewan kuliah kecil(dkk)



pemandangan dari koperasi

kalau nak tawu, bilik aku ni  mengadap koop
so setiap malam lepas isyak, koop tu memang akan dibanjiri dengan orang
dan memang akan nampak couple yang berendek kat koop tu
percayalah haha :)




ni bilik tutor :)
start batch 3 ni, memang untung sebab bila belajar tak la rasa panas
sebab dah pasang tinted kat tingkap kat bilik tutor
untung lahhh kannn :)



ni padang KMS
ni kitorang main sofball
actually lagi besar
ada tempat futsal, bola tampar, bola jaring, basminton, bola sepak, gym, pin pong, sepak takraw
cakap je korang nak main apa, semua ada, insyaAllah :)
and petang2, memang padang ni penuh
basikal pun ada. siapa lambat, basikal habis laa :)
lupa nak cakap basikal fixie pun ada ! :)
sememangnya warga KMS ni sihat2 semua sebab selalu bersukan 
kemudahan semua ada :)



ni view dari bilik
actually sebelah tu koop
tapi tak nampak pulak :)
yang bangunan2 semua tu lelaki punya blok
btw, KMS ni bentuk bulat :)



ni pemandangan masa nak pergi kuliah pagi2
sejukkk je (time ni tak panas lagi )



yang bangunan memanjang ni cubicle namanya
cubicle ni kira macam bilik guru jugak laa
kira tempat2 lecturer laa
so rajin2 la datang ke cubic ni jumpa lecturer2 anda yee :)



yang kawasan luas tu namanya dataran kosmik
kalau malam2 kan sejuk, so memang ramai la yang berkumpul kat situ
sama ada duduk ramai2 dgn classmates or dengan kawan2
memang best saje2 lepak tengah malam untuk ambil angin
:)
 yang bangunan belakang tu pulak surau as-sufi
besar kan? 
kalah masjid kat banting tu :)



yang bangunan tu pulak lab, ada 3 tingkat
lab ni berhadapan je dengan bilik tutor :)



ni pulak papan kenyataan
korang kene selalu alert dengan papan kenyataan ni sebab apa2 hal, HEP akan tampal kat board ni
so be alart k :)



DKB 2



dewan kuliah besar 1-dkb1
(berhadapan dengan dewan kuliah besar 2-dkb2)



bilik tutor- ada 3 tingkat
siapa dapat tutor tingkat 3 mesti semputtt nak naik atas hahaa



view from bilik tutor


yang tu library dan bilik computer
siapa ada ambil science computer, dorang belajar kat situ :)



yang tu dewan antares
rumah kedua korang masa minggu orientasi
hehe :)




btw, KMS ni ada 3 blok perempuan dan 2 blok lelaki
blok perempuan- Mira, Polaris, Vega
blok lelaki- Capella dan Canapous


untuk batch 3 KMS dan seterusnya,
didoakan anda semua semoga sentiasa mahu jaya
naikkan nama KMS lagi k ! :D







lots of love,
tutul :)


32 comments:

illynaituaku~ said...

baca blog kaw dh x payah orentasi tul!! hahaha

tutul :) said...

hehee tawu takpe. tgk blog aku je dh boleh tawu tempat2 kt kms. sng la keje fasi. haha

dalia amalina said...

cool ! rase mcm x sabar pulak nk pergi kms..hee..btw thanx akak :)

tutul :) said...

same2 ! and welcome to KMS ! :D

SITOT said...

waww.. boleh tahann !! huhu

Nur Atikah Mohamad said...

wow..menarik ni.smkin teruja rsanya..haha :)

Sha_Irdina said...

bestnye....x sbr la plak... :D

tutul :) said...

hehee. sabar ye adik2. lagi berapa hari je punnn :)

nazarith sofea said...

weyh, gambar kafe, andromeda n HEP takde meyh :P

tutul :) said...

hahaa tawu takpee. koop pon takde. tp takpelah, kire banyak jugak la ni. haha

MIERUL ALIAS said...

tq... kak..

Dayne Karap said...

apsal x pos bout asrama bnyak ckit.. nk tgok mesin basuh cemane.. serious excited giler lah..

Waney said...

Orientasi brpa minggu akak? By the way, sy dpat Kms utk batch 2013/2014.

Waney said...

Orientasi brpa minggu akak? By the way, sy dpat Kms utk batch 2013/2014.

Waney said...

Orientasi brpa minggu akak? By the way, sy dpat Kms utk batch 2013/2014.

atul zakariya said...

waney, orentasi selalunya seminggu :) tahniah ! so decide nak poergi ke tak? :)

Syafikah said...

Saye pun dpt utk batch 2013/2014 kak. Huuuuuuu :') Tak sabar nyee

atul zakariya said...

syafiqah, tahniah ! korang la achik KMS sbb batch ke 4 :)

iuzman iuzof said...

akak, na tny skit ley tak, asrama dy mcm skolah mngah or mcm U? n sc comp untk acc or sc,,, maaf tny bnyak,,

atul zakariya said...

iuzman, asrama dia satu bilik 4 orang :) taktawu nak kata mcm sekolah or u. hehe. and sc comp tu utk bdk science je :)

leyna yusof said...

assalam akk, modul mne yg sng nk score?huhu 'ape pnyer soalan da

atul zakariya said...

w'slm. hm soalan adik tu mmg susah sikit nak jawab sbb bnda ni depends pada diri sendiri. bagi akk, akaun senang nk score. tapi kalau x minat, tak suka pon payah gak nk score kan :)

Emira Sham Syafira said...

Wow btw thank you 4 de useful info ^-^.. hmm nak tanya.. orientasi ni mcmna?? Sma mcm skola gak k?? T.T

leyna yusof said...

oh tq :) tu la,rse cam nk msk kms tpi org slalu ckp t susa nk msuk u time ijazah,

atul zakariya said...

emira- orientasi dia slalunya 5 6 hari cmtu. mcm skola jugak kot sbb agak pack. subuh2 kena solat kt surau then balik bilik pon lewat. kira masa orientasi agak hectic jugak tp jgn risau masa orientasi je then hari kuliah oke je :)

leyna- em yg tu yg akak boleh komen, setakat ni semua kawan2 akak, or budak2 kms dpat masuk degree alhamdulillah :) sedangkan kwn akk yg pointer 2.5 cmtu pon dpt masuk degree. walluahalam :)

Aien Rahman said...

budak sn ramai x pointer tinggi2?

Nur Amalina said...

Akak..akak..soalan cepumas nie..knpa blyh bwa kipas tp xleh bwa iron..hehe,curious la

choca berry said...

Salam akak..saya dpt jugak kms 2013/2014...course sc setahun..modul tu pihak kms tentukan ataupun kita yg pilih????

choca berry said...

Salam akak..saya dpt jugak kms 2013/2014...course sc setahun..modul tu pihak kms tentukan ataupun kita yg pilih????

iekanorsallehin said...

Orentasi best x kak??ade kene lari2 mcm aktiviti lost treasure tu x???arap2 x de...��

nichaa lini said...

baru balik dari kem spm kat KMS ! KMS ni memang best, cantik pulak tuu! tengah consider nak amsuk sini tahun depan, hihi :D

Fazrul Amer said...

Nk tnye.. sbilik brape org